Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan PTD
Seksyen B -Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami ceraikan soalan dalam seksyen B ini kepada 3 bahagian utama iaitu;
Penyelesaian Masalah
Menginterpretasi Data
Menyelesaikan Masalah Dengan Kaedah Matematik
Seperti pada huraian seksyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.
Tetapi untuk peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator di sebelah anda… tiada masalah! Manfaatkan peluang ini tetapi ianya harus ada persediaan juga untuk menajamkan semula pengetahuan anda.
Pecahan 1-Penyelesaian Masalah
Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan. Persediaan untuk bahagian ini ialah anda boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses ‘reasoning’ yang waras untuk menjawab soalan ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut: Peguambela: “Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku” Jururawat: “Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera” Profesor Ekonomi: “Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang Penganggur: “Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong
a. Penguambela
b. Jururawat
c. Profesor ekonomi
d. Penganggur
e. Peguambela dan Jururawat
Jawapan: D Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kena jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:
a. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.
b. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
c. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran
d. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja.
e. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.
Jawapan: C Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.
Pecahan 2-Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula.
Pecahan 3 – Menyelesaikan Masalah Dengan Kaedah Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon-calon kerana calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon-calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesain masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Exam PTD
Berikut adalah beberapa contoh format soalan supaya anda tidak terkejut bila keluar soalan nanti.
1. Hariz menjual sebuah peralatan senaman dengan nilai RM9,750. Komisyen sebanyak RM2.50 diberikan kepada agen yang menjual peralatan tersebut. Kirakan jumlah sebenar yang diterima oleh Hariz.
A. RM2,340.75
B. RM2,500.00
C. RM9,506.25
D. RM9,750.00
2. Faizal mempunyai X unit botol minyak masa tanpa cukai. Separuh daripadanya diserahkan kepada Junaidi untuk dijual. Jumlah botol minyak masak yang masih ada ialah 14 botol. Kirakan berapakan nilai X?
A. 56
B. 28
C. 14
D. 7
3. 2/3 daripada pendapatan pasif Syahir ialah RM750. Kirakan jumlah keseluruhan pendapatan pasifnya.
A. RM469
B. RM698
C. RM899
D. RM1125
4. Nazri mempunyai 120 biji buah durian. Beliau memberikan 1/5 kepada rakan-rakannya. ½ daripadanya baki dijual. Berapakah peratus durian yang masih tinggal?
A. 30%
B. 40%
C. 50%
D. 60%
Baca juga: Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
Dapatkan banyak lagi contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan PTD dari Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik.
Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2016 yang berbeza dengan 2014 & 2013. 70++ Nota Ringkas
TAJUK NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi untuk anda sebagai bakal PTD perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!
Lebih 40++ Soalan Seksyen B.
Speak Your Mind