Contoh Soalan Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

contoh-soalan-exam-online-pegawai-teknologi-maklumat-F41

Tidak lama lagi sebagaimana yang diumumkan oleh SPA. Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 akan berlangsung pada 15 April 2016 dari pukul 8: 00 Malam hingga 10:00 Malam

Berikut merupakan contoh soalan exam online Pegawai Teknologi Maklumat F41 supaya anda dapat serba sedikit bentuk dan gaya soalan yang akan dikemukakan semasa peperiksaan nanti, supaya anda lebih bersedia dan tidak gugup semasa menghadapinya.

Perlu diingatkan ini hanyalah CONTOH SOALAN bukan SOALAN RAMALAN

 

Seksyen A : Psikometrik

Apa itu Psikometrik? Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan.

Penelitiannya terutama pada:

Pembuatan alat dan prosedur pengukuran, dan pembangunan dan penyempurnaan pendekatan teori terhadap pengukuran. Sebahagian besar daripada kerja awal secara teori dan terapan dalam psikometrik dilakukan dalam usaha mengukur kecerdasan.

Konsep kunci tradisional dalam teori ujian klasikal adalah reabiliti dan kesahihan. Alat ukur yang reliabel melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

Dalam isitilah mudah nya. Ujian Psikometrik adalah mengukur personaliti calon dari segi kepimpinan, komunikasi, tolenrasi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Contoh Soalan Psikometrik adalah seperti berikut:

1.Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya               B. Tidak                        C. Tidak Pasti

2.Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju        B. Tidak setuju             C. Tidak Pasti

3.Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju        B. Tidak setuju             C. Tidak Pasti

4.Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya               B. Tidak                        C. Tidak Pasti

5.Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya                B. Tidak                       C. Tidak Pasti

exam-online-pegawai-teknologi-maklumat-f41
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik 

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan
yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Berikut adalah contoh-contoh soalan:

1.Berikut adalah kenyataan yang BENAR berkaitan komputer

I.Boleh diaturcarakan untuk menerima dan mengolah data
II.Boleh menerima arahan, memproses, menyimpan dan mengeluarkannya semula.
III.Boleh memproses data menjadi maklumat
IV.Digunakan untuk kerja-kerja pejabat sahaja.

A.I dan II
B.I, II dan III
C.II, III dan IV
D.I, II, III dan IV

2.Manfaat penggunaan komputer adalah seperti berikut KECUALI

A.Menyimpan banyak maklumat
B.Maklumat boleh diperolehi semula
C.Membuat perhitungan rumit dengan tepat
D.Digunakan untuk menonton video klip hiburan

3.A merupakan perkara yang sudah diproses dan dianalisa untuk dipakai bagi membuat sebarang keputusan. A merujuk kepada

A.Data
B.Maklumat
C.Input
D.Output

4.Senarai di bawah merupakan komponen utama dalam sistem komputer KECUALI

A.Pemampat dan Penyejat
B.Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
C.Unit-unit Input dan unit-unit Output
D.Komponen Storan dan komponen Ingatan

Seksyen C: Pengetahuan AM

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/
kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada
kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Itulah serba sedikit contoh soalan exam online Pegawai Teknologi Maklumat F41. Langkah seterusnya terpulang kepada anda samada ingin dapatkan contoh soalan exam online pegawai teknologi maklumat f41 atau anda boleh google sendiri maklumat tersebut.

[+] KLIK SINI KALAU NAK CONTOH SOALAN EXAM ONLINE PTM F41

ANDA ADA
Turn images on to see the animationSEBELUM JUALAN DITUTUP!

Saya cadangkan anda dapatkan dulu preview copy PERCUMA contoh soalan exam online pegawai teknologi maklumat f41  dengan masukkan nama dan email anda di bawah. Mana tahu mungkin dengan cara ini anda dapat tinggalkan pesaing anda.

Nota-rujukan-exam-online-pegawai-teknologi-maklumat-F41

First Name:
Email address:

 

Speak Your Mind

*