Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

contoh-soalan-pengetahuan-am-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik

Pada sesi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik kali  ada kelainan sedikit berbanding dengan exam  online PTD yang sebelum ini, soalan terbahagi kepada  hanya 2 seksyen sahaja iaitu:

1.Seksyen A – Pengetahuan Am
2.Seksyen B – Daya Menyelsaikan Masalah.

Seksyen Psikometrik di keluarkan dari exam online PTD untuk sesi 23 November 2016 ini. Walaubagaimanapun ada beberapa pecahan yang terdapat pada sesetengah seksyen. Mari kita lihat contoh soalan pengetahuan am peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dan butiran  serta format yang akan kita hadapi bilan exam nanti.

Seksyen A Pengetahuan Am

Pengetahuan Am akan berkisar mengenai negara Malaysia, Sistem pentadbiran, dasar-dasar kerajaan, ekonomi, sosial, teknologi, sains, kebudayaan, sukan, perkembangan seluruh dunia amnya dan juga bidang yang berkaitan dengan sesuatu jawatan. Tiada rujukan yang khusus atau maklumat lengkap yang boleh dibaca dan dijadikan rujukan.

 contoh-soalan-pengetahuan-am-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-M41

Perdana Putra, Putrajaya, Malaysia

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang wajar diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda didalam aneka lapangan akademik. Calon exam PTD yang biasa mengikuti perkembangan dunia dan semasa melalui surat khabar, media massa, majalah mahupun bukut-buku, akan lebih mudah untuk menjawab soalan pengetahuan am yang akan diajukan nanti.

Tujuan Soalan Pengetahuan AM ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku didunia sekelilingnya secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

Berikut adalah beberapa contoh soalan pengetahuan am peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang anda boleh rujuk. Ia bukan solan ramalan ya, ia hanya contoh sahaja.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

1. Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

I. Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.
II. Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
III. Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
IV. Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

A. I dan II  B. I, II dan III  C. II, III dan IV  D. I, II, III dan IV

2. Di antara berikut, yang manakah BUKAN agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri?

A. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara
B. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
C. Kastam Di Raja Malaysia
D. Polis Di Raja Malaysia

3. Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) KECUALI

A. Sebagai Jabatan yang dinamik dan kompeten dalam pengurusan pertubuhan.
B. Memantapkan hubungan baik dengan pertubuhan dan meningkatkan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966.
C. Mengurus rekod pengenalan diri yang sahih serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
D. Mempastikan Pertubuhan-pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan dasar-dasar negara.

4. Apakah kelayakan akademik yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai anggota polis?

I. Konstabel Sokongan – Penilaian Menengah Rendah (PMR)
II. Konstabel – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
III. Kadet Sarjan – STPM/Diploma
IV. Inspektor – Ijazah

A. I dan II   B. I, II dan III   C. II, III dan IV   D. I, II, III dan IV

5. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet.

I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara.
II. Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara.
III. Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali.
IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

A. I, II sahaja   B. III, IV sahaja   C. I, II, IV sahaja   D. I, II, III, IV

6. Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI

A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
C. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
D. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

7. Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?

A. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.

8. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Sumber Manusia

 

9. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri

A. Ahli Majlis Raja-Raja
B. Memilih Yang di-Pertuan Agong
C. Melantik Ketua Menteri
D. Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri

10. Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:

I. Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
II. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
III. Sukatan pelajaran yang seragam.
IV. Peperiksaan dan kurikulum yang seragam.

A I, II sahaja  B I, II IV sahaja   C II, III, IV sahaja   D I, II, III, IV

Ini adalah sebahagian daripada contoh soalan pengetahuan am peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dari pada Pakej Rujukan Peperiksaan Online  yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Anda boleh dapatkan lagi banyak contoh soalan dan nota-nota rujukan yang telah dikemaskini. Sudah tentu ia menjimatkan masa untuk anda yang sentiasa sibuk. Apa yang penting anda sudah berada dihadapan dan meninggalkan calon-calon lain dibelakang. Orang kata ‘knowledge is power’ jalan anda sudah jelas dihadapan berbanding dengan mereka yang meraba-raba dan tercari-cari dalam kegelapan.

Contoh Soalan Exam PTD M41 November 2016

contoh-soalan-exam-ptd-m41-november-2016-300

Daftar Sekarang

Daftar Sekarang

Trackbacks

  1. […] Contoh Soalan Pengetahuan Am Terkini Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik […]

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Anda Calon Exam PTD M41 November 2017?

Daftar Nama Waiting ListDanHebahan TerkiniEXAM PTD PERCUMA!

Masukkan Nama dan Email Terbaik Anda!

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!