Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred W41

Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred W41

Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred W41

Peperiksaan online bagi jawatan Akauntan Gred W41 akan berlangsung seperti yang diumumkan oleh pihak SPA seperti berikut:

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AKAUNTAN GRED WA41
Tarikh Peperiksaan : 10 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM – 9:40 MLM
Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my
PERHATIAN :
——————
Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/ semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Peperiksaan Online Akauntan Gred W41

Format peperiksaan terdiri daripada 2 seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Calon diminta menjawab kesemua soalan bagi setiap seksyen A & B. Hanya calon yang lulus akan dipanggil ke peringkat seterusnya. Untuk berjaya dengan cemerlang setiap calon mestilah bagus dalam kedua-dua seksyen, jadi anda seharusnya berikan yang terbaik!.

Jawatan Akauntan Gred WA41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
WA41 RM2,820.00 RM9,585.00 RM225.00
WA47 RM5,161.00 RM11,690.00 RM270.00
WA51 RM5,795.00 RM12,370.00 RM290.00
WA53 RM6,122.00 RM13,180.00 RM320.00

SYARAT LANTIKAN :SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)  (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYUSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AKAUNTAN GRED WA47,WA51 ATAU WA53

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Akauntan Gred WA47, WA51 atau WA53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 14(b),1(c) dan 2.

(b)  (i) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA; atau  (ii) Ahli MIA;

(c) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan

(d) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.    (Gaji permulaan ialah pada Gred WA47 : RM5,161.00/Gaji permulaan ialah pada Gred WA51 : RM5,795.00/Gaji permulaan ialah pada Gred WA53 : RM6,122.00).
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Perkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1

(c); dan

(b) had umur pelantikan:    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

 

Pengenalan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dan diterajui oleh Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Mengikut rekod dalam sebaran umum JANM, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang Akauntan Negara.
Sejak tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan. Bermula 29 November 2010 sehingga sekarang Akauntan Negara adalah Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman menggantikan Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud.

Akauntan Negara adalah

Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan
a. Akauntan
b. Penolong Akauntan
c. Pembantu Akauntan

2. Pendaftar Wang Tak Dituntut

3. Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan

4. Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan persekutuan yang mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacara perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri.

VISI​ ​JANM

“Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam”

MISI​ ​JANM

Merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan. Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan. Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Objektif​ ​JANM

Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan. Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan. Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan. Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965

Nota​ ​1​ ​:​ ​
Aset Aset dalam perniagaan dan perakaunan merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu atau sesebuah perniagaan atau syarikat. Sebarang harta tanah atau barangan berharga yang dimiliki, yang biasanya dianggap boleh guna sebagai bayaran hutang seseorang, biasanya dianggap sebagai satu aset. Secara mudah, aset merupakan benda yang mudah ditukarkan kepada tunai.

Nota​ ​2​ ​:​ ​
Liabiliti Liabiliti merupakan apa yang dihutangi oleh sesebuah perniagaan dan perlu dijelaskan dengan wang, barang atau perkhidmatan.

Nota​ ​3​ ​:​ ​
Ekuiti​ ​Pemilik Ekuiti pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik dan untung yang diperoleh. Ringkasnya:

● Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
● Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
● Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
● Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik. Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
● MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH – RUGI BERSIH – AMBILAN

NAK LAGI?

Berikut Adalah Contoh-contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred W41.

Proses perakaunan terdiri daripada perkara-perkara yang berikut :
I. Merekod
II. Mengenal pasti
III. Meringkas
IV. Melapor

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I,​ ​II,​ ​III​ ​dan​ ​IV

Di antara berikut, yang manakah perkara-perkara yang TIDAK BERKAITAN dengan Kitaran Perakaunan?
A. Pelarasan
B. Catatan jurnal
C. Catatan penutupan
D. Penyata​ ​untung​ ​rugi

Persamaan Perakaunan Asas Tunai (Tunai + Pelaburan) melibatkan 3 jenis akaun KECUALI
A. Akaun Hasil
B. Akaun​ ​Sewaan
C. Akaun Pinjaman
D. Akaun Amanah

Pilih persamaan Perakaunan Asas Akruan yang BETUL
A. Ekuiti = Liabiliti – Aset
B. Ekuiti​ ​=​ ​Aset​ ​–​ ​Liabiliti
C. Aset = Ekuiti – Liabiliti
D. Liabiliti = Aset + Ekuiti

Asas-asas perakaunan melibatkan perkara seperti :
I. Tunai
II. Tunai ubahsuai
III. Akruan
IV. Akruan ubahsuai

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I,​ ​II,​ ​III​ ​dan​ ​IV

Ini adalah beberapa contoh soalan peperiksaan online Akauntan Gred W41 supaya amda dapat gambaran bentuk soalan yang akan keluar nanti.

Pihak Tim Inforkerjaya  ingin membantu anda untuk lulus dengan cemerlangnya ketika bersaingan dalam exam online SPA nanti dengan menyediakan Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred W41  

Dengan pengalaman yang luas dalam membantu lebih dari 80,000 calon exam SPA sudah tentu anda boleh tersenyum girang selepas menjawab peperiksaan online nanti. Syaratnya dengan anda mengulangkaji contoh soalan dan nota exam yang disediakan.

Anda boleh dapatkan dengan klik ke gambar buku dibawah.

contoh soalan peperiksaan akauntan gred w41

Daftar Sekarang

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.