Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN
Tahniah kami ucapkan kerana anda terpilih untuk menduduki peperiksaan online pegawai eksekutif gred m41 bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri yang akan berlangsung seperti butiran berikut:
Tarikh : 20/9/2017 (Rabu)
Masa : 8.00 pm hingga 10.20 pm
anda boleh membuat pemeriksaan di laman berikut: http://e-semakanntt.spa.gov.my/
Antara Senarai Jawatan Kosong Di LHDNM yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 41 Lain-Lain(1)
- PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41 Lain-Lain(200)
- PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41 Lain-Lain(5)
- PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41 Lain-Lain(10)
- PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 41 Lain-Lain(6)
- PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41 Lain-Lain(10)
Tarikh memohon jawatan di atas telah tamat pada 2/8/2017 yang lalu, kini LHDN telah membuat panggilan untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN kepada yang telah terpilih.
Nama calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan online LHDNM dan disenarai pendek temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.
Calon yang disenarai pendek untuk menghadiri temuduga dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-
https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php
Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan jawatan Pegawai Eksekutif Gred M41 mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDNM ;
Format Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
- SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM (40 MINIT) 8:00 – 8:40 PM
- SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (50 MINIT) 8:55 – 9:45 PM
- SEKSYEN C : KEFAHAMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS (20 MINIT) 10: 00 – 10:20 PM
Contoh Soalan Pengetahuan Am Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred M41
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50
1. Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
I. Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.
II. Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
III. Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
IV. Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.
A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV
2. Di antara berikut, yang manakah BUKAN agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri?
A. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara
B. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
C. Kastam Di Raja Malaysia
D. Polis Di Raja Malaysia
3. Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) KECUALI
A. Sebagai Jabatan yang dinamik dan kompeten dalam pengurusan pertubuhan.
B. Memantapkan hubungan baik dengan pertubuhan dan meningkatkan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966.
C. Mengurus rekod pengenalan diri yang sahih serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
D. Mempastikan Pertubuhan-pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan dasar-dasar negara.
4. Apakah kelayakan akademik yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai anggota polis?
I. Konstabel Sokongan – Penilaian Menengah Rendah (PMR)
II. Konstabel – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
III. Kadet Sarjan – STPM/Diploma
IV. Inspektor – Ijazah
A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV
5. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet.
I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara.
II. Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara.
III. Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali.
IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.
A. I, II sahaja B. III, IV sahaja C. I, II, IV sahaja D. I, II, III, IV
6. Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI
A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
C. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
D. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
7. Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?
A. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.
8. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?
A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Sumber Manusia
9. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri
A. Ahli Majlis Raja-Raja
B. Memilih Yang di-Pertuan Agong
C. Melantik Ketua Menteri
D. Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri
10. Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:
I. Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
II. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
III. Sukatan pelajaran yang seragam.
IV. Peperiksaan dan kurikulum yang seragam.
A I, II sahaja B I, II IV sahaja C II, III, IV sahaja D I, II, III, IV
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Exam Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN
Seksyen B
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami ceraikan soalan dalam seksyen B ini kepada 3 bahagian utama iaitu;
Penyelesaian Masalah
Menginterpretasi Data
Menyelesaikan Masalah Dengan Kaedah Matematik
Seperti pada huraian seksyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.
Tetapi untuk Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif M41, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator di sebelah anda… tiada masalah! Manfaatkan peluang ini tetapi ianya harus ada persediaan juga untuk menajamkan semula pengetahuan anda.
Pecahan 1-Penyelesaian Masalah
Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan. Persediaan untuk bahagian ini ialah anda boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses ‘reasoning’ yang waras untuk menjawab soalan ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut: Peguambela: “Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku” Jururawat: “Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera” Profesor Ekonomi: “Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang Penganggur: “Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong
a. Penguambela
b. Jururawat
c. Profesor ekonomi
d. Penganggur
e. Peguambela dan Jururawat
Jawapan: D Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kena jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:
a. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.
b. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
c. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran
d. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja.
e. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.
Jawapan: C Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.
Pecahan 2-Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula.
Pecahan 3 – Menyelesaikan Masalah Dengan Kaedah Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon-calon kerana calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon-calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesain masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Dengan Kaedah Matematik
Berikut adalah beberapa contoh format soalan supaya anda tidak terkejut bila keluar soalan nanti.
1. Hariz menjual sebuah peralatan senaman dengan nilai RM9,750. Komisyen sebanyak RM2.50 diberikan kepada agen yang menjual peralatan tersebut. Kirakan jumlah sebenar yang diterima oleh Hariz.
A. RM2,340.75
B. RM2,500.00
C. RM9,506.25
D. RM9,750.00
2. Faizal mempunyai X unit botol minyak masa tanpa cukai. Separuh daripadanya diserahkan kepada Junaidi untuk dijual. Jumlah botol minyak masak yang masih ada ialah 14 botol. Kirakan berapakan nilai X?
A. 56
B. 28
C. 14
D. 7
3. 2/3 daripada pendapatan pasif Syahir ialah RM750. Kirakan jumlah keseluruhan pendapatan pasifnya.
A. RM469
B. RM698
C. RM899
D. RM1125
4. Nazri mempunyai 120 biji buah durian. Beliau memberikan 1/5 kepada rakan-rakannya. ½ daripadanya baki dijual. Berapakah peratus durian yang masih tinggal?
A. 30%
B. 40%
C. 50%
D. 60%
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred M41
Seksyen C
Penerangan Format
- Tempoh: 20 minit
- Jumlah Soalan: 20 soalan
Ini merupakan satu seksyen baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan berbentuk objektif di mana anda akan ditanya soalan berdasarkan teks yang diberi.
Dalam seksyen ini, calon akan diuji tentang kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berkaitan kemahiran memindahkan maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan.
Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN
Untuk membantu calon-calon yang akan menduduki peperiksaan online ini, pihak Info Kerjaya telah menerbitkan Contoh Soalan Peperiksan Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN
- Rujukan ini hanya dijual secara online dan tidak dijual di kedai.
- Dalam bentuk ebuku iaitu fail PDF yang boleh anda download daripada laman web kami.
- Membantu persediaan awal anda untuk menghadapi peperiksaan nanti.
- Bukan soalan bocor spa atau soalan ramalan.
- Akses akan diterima dalam masa 24 jam selepas disahkan.
- Semua nota ini adalah dalam bentuk ringkasan khas untuk membantu ulangkaji dalam masa yang singkat.
- Jualan ini dibuka terhad dalam tempoh 3-5 hari sahaja. Terhad!!
- Jaminan Wang Dipulangkan Jika Tidak Membantu Dalam Peperiksaan Anda.
- Kemaskini percuma selama 3 tahun jika terdapat lagi peperiksaan yang sama dalam masa 3 tahun daripada sekarang.
Rujukan daripada Inforkerjaya telah membantu puluhan ribu calon peperiksaan SPA sejak tahun 2006 iaitu 11 tahun di pasaran dengan kemaskini terbaru berdasarkan format terkini SPA.
Dapatkan segera dengan klik link dibawah
SAYA NAK CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED M41 SEKARANG!
DISCLAIMER:
Pihak kerjakosongkerajaan.info tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang tim kerjakosongkerajaan.info sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan yang padat dan lengkap.
Bagus ada contoh soalan macam ni, mudah nak buat rujuka
Memang membantu sungguh ni Noriza 🙂 Orang kata shortcut untuk berjaya 🙂
Tips yang dapat memudahkan mereka yang mahu mengambil peperiksaan skim M41 di LHDN
Itulah yang admin harapkan. Thanks sebab singgah teratak kami ya 🙂