Contoh Soalan Peperiksaan Online Terkini Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

Contoh Soalan Peperiksaan Online Terkini Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

 

Contoh Soalan Peperiksaan Online Terkini Pegawai Tadbir Diplomatik

Nampaknya ramai calon sedang mencari-cari nota dan rujukan terbaik dan terkini untuk menghadapi peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang akan berlangsung pada 3 November 2017 seperti yang diwar-warkan oleh pihak SPA seperti berikut:

 

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM – 9:40 MLM

Sila layari laman web :
http://e-semakanntt.spa.gov.my

PERHATIAN :
——————
Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Januari 2018. Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak bersesuaian dan boleh mendatangkan risiko yang besar kepada calon-calon tersebut.

Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini akan dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan AM

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Berikut adalah 10 contoh soalan peperiksaan online terkini pegawai tadbir diplomatik untuk kedua-dua seksyen yang anda boleh jadikan rujukan.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Terkini Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

Berikut adalah 10 contoh soalan untuk rujukan anda:

1. Kali terakhir Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia diadakan ialah pada tahun

A. 2000 B. 2005 C. 2010 D. 2015

2. Pusat Transformasi Bandar TIDAK menawarkan perkhidmatan seperti

A. Utiliti B. Kesihatan C. Pelancongan D. Pembangunan Belia

3. Komanwel TIDAK disertai oleh negara

A. India B. Filipina C. Singapura D. Bangladesh

4. Senarai Persekutuan mengandungi perkara-perkara seperti

I. Pengangkutan II. Perhutanan III. Perkapalan IV. Pertahanan

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

5. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

6. Tapak Ramsar yang diwartakan terletak di mana?

I. Tapak Ramsar Sungai Pulai, Johor
II. Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang
III. Tapak Ramsar Pulau Kukup, Johor
IV. Tapak Ramsar Pulau Jerjak, Pulau Pinang

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

7. Program eRezeki boleh diertikan sebagai

A. Menghasilkan peluang pekerjaan kepada individu mahir
B. Membantu graduan mendapat latihan separa mahir sebelum bekerja
C. Membantu individu menggunakan saluran digital untuk memulakan perniagaan
D. Mendedahkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital

8. Perjanjian Belanda dan British pada tahun 1824 memberi kesan

I. Perpecahan Empayar Johor – Riau
II. Siam tidak ditakluk kuasa Barat
III.Kepulauan Melayu dibahagikan mengikut kuasa Belanda dan British
IV. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada pengaruh Perancis dan British

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

9. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi menerusi kaedah berikut KECUALI

A. Penguatkuasaan undang-undang
B. Penggabungan wilayah
C. Penganugerahan taraf
D. Pendaftaran

10. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman

A. Peguam Negara
B. Perdana Menteri
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Yang di-Pertua Dewan Negara

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Terkini Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Berikut adalah beberapa contoh soalan:

1. Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan ‘DIFFERENTIATION’. Keberangkalian memilih huruf vokal ialah

A. 1/2 B. 8/15 C. 3/2 D. 7/15

2. Baki duit Ashraf dalam akaunnya adalah RM 5,000.00. Setiap transaksi pengeluaran akan dikenakan caj bank sebanyak RM1.00 dan cukai barang dan perkhidmatan. Berapakah baki duit Ashraf sekiranya beliau telah membuat pengeluaran sebanyak RM 300.00 dalam 3 transaksi?

A. RM 4,690.00    B. RM 4,697.00    C. RM 4,696.82    D. RM 4,697.82

3. Cari nilai x jika 2 2x – 3 = 32

A. 1    B. 3    C. 4    D. 8

4. Faktorkan ungkapan berikut 3×2 = 18 – 25x

A. (3x – 2) (x + 9)    B. (-3x + 2) (-x + 9)    C. – (3x – 2) (9 – x)    D. (3x + 9) (x – 9)

5. Sebuah rumah api berada pada kedudukan bearing 037o24’ dari sebuah kapal layar. Berapakah bearing kapal layar itu daripada kedudukan rumah api tersebut?

A. 315.3°    B. 143.4°    C. 217.4°    D. 270.2°

6. Arif menjadi ajen jualan sebuah syarikat menjual produk kosmetik. Komisen yang diberikan kepada Arif jika berjaya melakukan jualan adalah 40%. Pihak syarikat memberikan 3% lagi jika downline Arif berjaya melakukan jualan. Hitungkan komisen Arif jika beliau berjaya melakukan 5 jualan produk berharga RM 170 dan downline Arif masing-masing melakukan satu jualan produk berharga RM50, RM80, RM90, RM110 dan RM170.

A. 340    B. 355    C. 450    D. 540

7. Waktu pada jam Sandra adalah 6 minit lambat daripada jam tangan Daniel. Waktu pada jam tangan Daniel adalah 8 minit lebih cepat daripada waktu sebenar. Jika waktu pada jam tangan Sandra ialah 10:42 a.m, cari waktu sebenar dalam sistem 24 jam.

A. Jam 1040    B. Jam 2340    C. Jam 2010    D. Jam 1045

8. Yusof telah menyediakan 2250 ml teh untuk mengisi 9 cawan. Bagaimanapun, dia diberitahu bahawa sejumlah 15 cawan teh perlu disediakan. Berapakah isi padu teh dalam liter, yang Yusof perlu sediakan lagi?

A. 1.5 liter    B. 3.5 liter    C. 2.25 liter    D. 1.75 liter

9. Faizal mengayuh basikal dengan kelajuan 3x km/j selama (x – 3) jam. Kemudian,dia menambah kelajuannya kepada (3 x – 5 ) kmj-1 selama ( x – 4) jam. Cari jarak yang dilaluinya dan ungkapkan jawapan anda dalam bentuk ungkapan kuadratik.

A. 3×2 – 15x + 20    B. 6×2 – 26x + 20    C. 3×2 – 18x + 20    D. 6×2 – 26x + 10

10. Di pejabat Arif disediakan 2 buah mesin fotostat. 6 saat diperlukan oleh sebuah mesin fotostat untuk mencetak satu muka surat. Berapakah masa, dalam minit, diperlukan untuk mencetak 60 muka surat ?

A. 6 minit    B. 5 minit    C. 2 minit    D. 3 minit

Nak banyak lagi Nota dan contoh soalan sebab tak sempat nak cari Nota dan Rujukan yang terkini untuk exam nanti?

Dapatkan Nota Rujukan & Contoh Soalan Rujukan Terkini bagi Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 3 Nov 2017 nanti klik link di gambar berikut:

contoh soalan exam online pegawai tadbir diplomatik

Saya nak tawarkan Bonus kepada pembeli yang dapatkan panduan ini sila komen “saya nak” dan wassap saya ke link berikut www.wasap.my/60173291749/PTD  atau boleh joint Telegram channel berikut   https://t.me/examptdtips

Speak Your Mind

*

Anda Calon Exam PTD M41 November 2017?

Daftar Nama Waiting ListDanHebahan TerkiniEXAM PTD PERCUMA!

Masukkan Nama dan Email Terbaik Anda!

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!