Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Perhatian buat calon-calon Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Edisi Terkini 2018. Contoh Soalan Pengetahuan Am dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah.

 

 

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-tadbir-n29-3

Ramai calon-calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 mencari contoh-contoh soalan sebagai salah satu langkah menyediakan diri dengan bentuk soalan dan format soalan yang akan keluar di peperiksaan online 15 Ogos 2018 nanti. Mereka yang first time akan menduduki peperiksaan ini mungkin akan terkial-kial untuk menjawabnya nanti kalau tidak bersedia dari sekarang.

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 kali ini mengandungi 2 seksyen iaitu:

sesi-exam-online-penolong-pegawai-tadbir-n29

1.Seksyen A : Pengetahuan Am                        8:00 malam ~ 8:40 malam
2.Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah     8:55 malam ~ 9 :40 malam

Bentuk soalan biasanya akan dibahagikan kepada 3 tahap kesukaran iaitu soalan mudah (bonus) , sederhana dan susah. Kalau anda sudah bersedia dengan senjata dan peluru yang secukupnya sudah tentu ia bukan menjadi masalah buat anda. Ada juga yang dapat kan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dikeluarkan Tim Infokerjaya  sebagai cara pintas dan pantas untuk membuat persediaan tanpa perlu meraba-raba dalam Google.

Daftar Sekarang

 

Mari kita lihat bentuk dan format soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Seksyen A : Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Penolong  Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir N29  akan berkisar mengenai negara Malaysia, Sistem pentadbiran, dasar-dasar kerajaan, ekonomi, sosial, teknologi, sains, kebudayaan, sukan, perkembangan seluruh dunia amnya dan juga bidang yang berkaitan dengan sesuatu jawatan. Tiada rujukan yang khusus atau maklumat lengkap yang boleh dibaca dan dijadikan rujukan.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang wajar diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Diploma didalam aneka lapangan akademik atau pun lulusan STPM. Calon-calon Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang biasa mengikuti perkembangan dunia dan semasa melalui surat khabar, media massa, majalah mahupun bukut-buku, akan lebih mudah untuk menjawab soalan pengetahuan am yang akan diajukan nanti.

Tujuan Soalan Pengetahuan AM ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku didunia sekelilingnya secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

Berikut adalah beberapa contoh soalan pengetahuan am peperiksaan penolong pegawai tadbir N29yang anda boleh rujuk. Ia bukan solan ramalan ya, ia hanya contoh sahaja.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: A

 

Seksyen B :Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami ceraikan soalan dalam seksyen B ini kepada 3 bahagian utama iaitu;

 Penyelesaian Masalah
 Menginterpretasi Data
 Menyelesaikan Masalah Dengan Kaedah Matematik

Seperti pada huraian seksyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Yang bestnyer anda boleh bawa kalkulator semasa peperiksaan online penolong pegawai tadbir N29 sedang berlangsung.

Berikut adalah beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan penolong pegawai tadbir N29 yang anda boleh rujuk, supaya anda tidak terkejut ketika peperiksaan online nanti.

i) Penyelesaian Masalah

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-1

Jawapan: D

2. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-2

Jawapan : A

Teknik menjawab:

94 / 2 = 47
180 / 4 = 45
126 / 3 = X
X = 42

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-3
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang
Jawapan: B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara        = 40/100 x 400
= 160
= 400 – 160
= 240
Pelancong tempatan           = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 402.
2.Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.
Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-4

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah

A 30
B 60
C 80
D 140

Jawapan: B

Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual                     = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150
= 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20
dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah
Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.

iii) Menyelesaikan Masalah Dengan Kaedah Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

 

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-Matematik
Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.
A 105 m/persegi
B 125 m/persegi
C 230 m/persegi
D 245 m/persegi
Jawapan: A
Teknik menjawab:
Petak C                     = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C                     = 1/4 * (10 * 10)
=25 m/persegi
Panjang Petak B    = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m
Luas petak B          = 15 * 7
= 105 m/persegi.
2.Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?A RM100
B RM150
C RM200
D RM250
Jawapan: B
Teknik Menjawab :
20% – RM100
100% – 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750
Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150
Untuk dapatkan banyak lagi contoh soalan peperiksaan penolong pegawai tadbir N29 baik anda dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29.

 

Daftar Sekarang

Rujukan Pantas Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 tersebut mengandungi:

1.Huraian Format 2018
Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2018 yang berbeza dengan 2017 & 2016

2.Pecahan setiap Seksyen
Tahukah anda dalam setiap ‘Seksyen’ terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana ‘pecahan dalam pecahan’ tersebut!

3.90++ Nota Ringkas
TAJUK NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi untuk anda sebagai bakal PPT perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

4.Lebih 50++ Soalan Dan Jawapan Seksyen A
Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untukj sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji

5.Lebih 40++ Soalan Dan Jawapan Seksyen B
Bukan soalan sebenar tetapi soalan yang dibina untuk memberikan keyakinan semasa peperiksaan 5 DISEMBER ini. Soalan-soalan Matematik diberikan jalan kerja!

6.Tip Sulit Sukses!
Untuk setiap seksyen ada jerat dan trick yang sengaja diadakan. Tujuannya hanya satu, menyingkirkan calon yang ramai! Ada beberapa maklumat penting yang bakal menjadi senjata untuk anda selamat dari perangkap ini. Rahsia ini untuk anda sahaja 🙂

7.Jaminan Pulangan Wang
Jaminan pulangan wang sehingga 1 minggu selepas peperiksaan.

P.S:/

Mohon daftar nama dan email anda pada pop-up yang keluar di skrin untuk dapatkan Preview Copy Percuma dan tips berkenaan exam online penolong pegawai tadbir N29  terus ke inbox anda  dari blog kerja kosong kerajaan dot info.  Salam Kejayaan untuk anda!

Comments

  1. fuh ada gak soalan matematik. good luck semua calon

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

peperiksaan-online-penolong-pegawai-tadbir-n29

Dapatkan Preview Copy PERCUMA Nota Rujukan, Contoh Soalan dan Tips Exam PPTN29

 

Masukkan Nama dan email terbaik anda untuk duduk dalam senarai menunggu Nota Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Maklumat terkini terus ke email anda.

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!