Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41| Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

 

exam-online-pegawai-trafik-udara

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat pengumuman jadual Peperiksaan Online untuk jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 seperti berikut:

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN
TRAFIK UDARA GRED A41

—————————————————————————-
Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM

Sila layari laman web : 
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29
————————————————————————————–
Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PMSila layari laman web : 
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/ppktu/PERHATIAN : 
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

 

PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 merupakan salah satu jawatan penting di menara kawalan udara di lapangan terbang di Malaysia yang dikawal oleh Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA).

Jadual Gaji:

Gaji Minimum      Gaji Maksimum           Kadar Kenaikan
RM2,325.00          RM9,637.00                 RM225.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau   kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,325.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,635.65)

dan
(d)
(i) Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
(iii) lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
(iv) tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan
(b) had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara 

Pegawai kawalan trafik udara bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

>>Dapatkan Nota & Dan Contoh Soalan Percuma Disini

Dapatkan Nota & Contoh Soalan Exam Online

Pegawai & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

A41/ A29

Jadilah sebahagian waiting list untuk dapatkan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Ini!

>Dapatkan Nota Ringkas Menjimatkan Masa Persediaan Anda!

>Contoh Soalan & Jawapan Untuk Membiasakan Anda Dengan Format 2017

>Contoh Soalan Terkini Seksyen A & Seksyen B

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!


PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29

Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 merupakan salah satu juga jawatan penting di menara kawalan udara di lapangan terbang di Malaysia yang dikawal oleh Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA).

Jadual Gaji

Gaji Minimum      Gaji Maksimum           Kadar Kenaikan
RM1,794.00          RM5,707.00                  RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57).
dan

Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;

lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan

tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta bidang Approach Control dan mendapat Approach Control Rating.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 : 

Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29, bertanggungjawab memberikan perkhidmatan ‘Aerodrome/Approach Control’ kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara  A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

Hanya 2 seksyen yang terlibat dalam peperiksaan  kali ini. Bagi mereka yang tidak pernah menghadapi peperiksaan online SPA, disarankan untuk anda bersedia awal pada hari peperiksaan berkenaan. Apa yang perlu anda pastikan:

  • Komputer anda beroperasi dengan baik. Jangan guna telefon pintar kerana skrinnya yang kecil. Kalau ada tablet, ia mungkin boleh digunakan. Namun saya sarankan mengunakan komputer atau laptop anda. Anda mungkin memerlukan untuk membuka browser lain untuk mencari maklumat. Ia sukar dengan tablet mahupun telefon pintar.
  • Talian internet dengan data yang mencukupi. Jika anda mempunyai data internet yang terhad. Topup secukupnya untuk menghadapi peperiksaan ini.
  • Rujukan yang berkenaan. Anda perlu buat persediaan awal. Jangan last minit baru nak buat ulangkaji. Apa yang boleh kami bantu ialah berikan contoh soalan format peperiksaan SPA. Ia bukan soalan bocor. Rujukan untuk membiasakan diri dengan format soalan SPA. Soalan SPA adalah rahsia. Jika anda cari soalan bocor, lupakan sahaja.

Seksyen A:

Tempoh: 40 minit

Jumlah Soalan: 50 soalan

Markah: 30

Pengetahuan Am

Ia adalah untuk menguji pengetahuan anda berkenaan dengan isu semasa dan topik topik tertentu dalam Malaysia dan luar negara. Anda juga perlu tahu inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan seperti BR1M, KR1M,NBOS dan banyak lagi. Memang banyak yang perlu anda tahu.

Seksyen B: 

Tempoh: 45 minit

Jumlah Soalan: 40 soalan

Markah: 30

Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini bertujuan untuk menguji anda tentang kemahiran yang anda pelajari ketika SPM. Ia mungkin terdiri daripada soalan matematik, mantik, algoritma, logik dan banyak lagi. Anda perlu rujuk kembali buku anda semasa SPM jika masih ada cuma sekarang agak berbeza kerana KBAT sudah dilaksanakan dalam pembelajaran di sekolah.


Anda yang terlibat dengan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A29/A41 pada 3 Oktober nanti tak?

.
Rujukan terkini Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara bakal dikeluarkan dalam masa terdekat. Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan tips-tips, nota-nota, contoh soalan dan rujukan exam online nanti.

Dapatkan Nota & Contoh Soalan Exam Online

Pegawai & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

A41/ A29

Jadilah sebahagian waiting list untuk dapatkan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Ini!

>Dapatkan Nota Ringkas Menjimatkan Masa Persediaan Anda!

>Contoh Soalan & Jawapan Untuk Membiasakan Anda Dengan Format 2017

>Contoh Soalan Terkini Seksyen A & Seksyen B

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!

Comments

  1. Dengan adanya panduan macam ni, memang jimatkan masa utk ulangkaji. Terbaiklah!

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.