Exam Online Separa Perubatan Terkini Ogos 2016

exam online separa perubatan terkini 2016

Exam Online Separa Perubatan Terkini 2016| Seperti yang diumumkan di laman SPA. Satu exam online separa perubatan akan dilangsungkan seperti berikut:

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)
Tarikh Peperiksaan : 29 Ogos 2016 (Isnin)
Masa : 08:00 MLM – 09:35 MLM

Calon-calon yang layak telah dijemput untuk mengambil exam online separa perubatan terkini tersebut.

Anda boleh membuat pemeriksaan dengan pergi ke laman web rasmi mereka:

http://e-semakan.spa.gov.my/

Hanya masukkan no kad pengenalan anda  dan tekan ‘hantar’

exam online separa perubatan terkini ogos 2016

Untuk pengetahuan anda peperiksaan yang terdahulu telah berlangsung pada 8 Mac 2016 dimana ramai calon yang telah dipilih untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak.

Latihan Bertaraf Diploma

Menawarkan 10 jenis latihan bertaraf Diploma iaitu:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Juruterapi Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Pengumuman Syarat Latihan

  • Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
  • Syarat Kelayakan

    PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan Bertaraf Sijil

PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

  • Menawarkan 3 jenis latihan bertaraf sijil seperti berikut:
    • 1.Latihan Jururawat Masyarakat
    • 2.Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
    • 3.Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  • Syarat Kelayakan
    Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Alamat Surat Menyurat:
    Setiausaha
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pengambilan Khas
    Aras 7, Blok C7 Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    60520 PUTRAJAYA
    Tel : 88856000
  • Pertanyaan Melalui E-mel

Maklumat Tambahan.

Untuk pengetahuan anda exam online separa perubatan terkini pada 29 Ogos 2016 kali ini akan dipecahkan kepada 2 bahagian seperti berikut:

1.Bahagian A Penaksiran Minat   masa 8:00 malam ~ 8:40 malam

2.Bahagian B Pengetahuan AM     masa 8:55 malam ~ 9:35 malam

Saya cadangkan anda dapatkan rujukan yang telah membantu lebih dari 60,000 calon berjaya yang telah mengambil exam online di SPA hanya Klik DISINI atau pada gambar dibawah.

Atau anda boleh dapatkan versi percuma dengan klik pautan dibawah.

>>DOWNLOAD NOTA RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE SEPARA PERUBATAN PERCUMA<<

Speak Your Mind

*

Dapatkan REVIEW COPY Nota Rujukan Exam Online Separa Perubatan

Masukkan Nama dan Email Anda!

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!