Kerja kerajaan merupakan kerjaya menjadi pilihan dan impian ramai calon. Dengan pelbagai manfaat dan kelebihan menjadi seorang penjawat awam seperti jaminan pekerjaan dan faedah persaraan, tidak menjadi janggal apabila melihat angka calon yang menduduki ujian kerja kerajaan sehingga mencecah puluhan ribu orang ramainya.
Disebabkan oleh persaingan yang terlalu sengit, maka jumlah calon yang gagal amatlah ramai. Menurut statistik kasar, peratusan calon yang tidak berjaya adalah sekitar 95%, bergantung kepada jumlah keseluruhan calon yang memohon satu-satu jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Seringkali kedengaran para calon yang merungut kerana sukarnya mendapat jawatan kerajaan melalui SPA. Ada yang mendakwa kegagalan mereka adalah disebabkan oleh tiada ‘orang dalam’ yang boleh membantu, tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa ia berpunca daripada proses temuduga yang sukar dan ujian peperiksaan yang teramat sukar.
Sejauh mana dakwaan mereka tidaklah dapat dipastikan kesahihahnya, namun dapat disimpulkan bahawa peluang untuk lulus jawatan SPA amatlah sukar.
PELUANG KERJAYA AGENSI KERAJAAN NEGERI
Namun, sebenarnya, calon-calon yang tidak berjaya tersebut tidak perlu putus-asa. Terdapat banyak lagi peluang yang terbentang luas untuk mendapat kerja kerajaan dengan faedah yang sama dengan para penjawat jawatan kerajaan yang lain.
Cara terbaik yang penulis boleh sarankan adalah dengan memohon melalui agensi kerajaan negeri.
Pernahkah anda mendengar agensi-agensi kerajaan seperti berikut?
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.
- Lembaga Pembangunan Langkawi.
- Perbadanan Bukit Bendera.
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Dan sebenarnya banyak lagi tempat agensi kerajaan negeri yang anda boleh mohon. Apabila berjaya, anda layak mendapat gaji dan faedah yang sama dengan mereka yang menjawat jawatan melalui proses SPA yang lain.
Cumanya, anda harus tahu senarai agensi yang anda boleh pohon serta prosedur-prosedur penting sebelum anda akan dipanggil untuk sesi temuduga.
BAGAIMANA MEMOHON KERJA DI AGENSI KERAJAAN NEGERI?
Terdapat terlalu banyak badan berkanun dan agensi kerajaan yang ada di seluruh Malaysia, yang mana proses permohonannya tidak perlu melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), malah perlu mohon secara terus dengan agensi tersebut.
Jika hendak disenaraikan, jumlah badan berkanun dan agensi kerajaan negeri mencecah ratusan banyaknya. Melalui senarai terkini yang dikumpul, terdapat sebanyak 241 senarai lengkap agensi yang ada di seluruh Malaysia, walaupun mungkin angka ini adalah angka yang tidak rasmi.
Anda boleh dapatkan senarai 241 agensi kerajaan negeri yang boleh anda pohon kerja melalui link di bawah:
CARA MEMOHON KERJA DI AGENSI KERAJAAN NEGERI
Walaubagaimanapun, untuk memohon melalui agensi-agensi memerlukan pengetahuan yang tepat dan strategi yang betul sebelum mendapat peluang di agensi-agensi tersebut. Jika hanya menggunakan cara semberono, dibimbangi hanya akan membuang masa anda, malah lebih teruk lagi jika menyebabkan anda ‘dicop’ sebagai pemohon yang tidak beradab oleh agensi berkenaan.
Cara-cara asas menghubungi mereka dan cara mendapatkan maklumat adalah asas penting yang perlu diketahui oleh para calon yang berminat. Tidak seharusnya bersikap seperti kebudak-budakan atau mengamalkan budaya yang tidak profesional ketika proses memohon pekerjaan melalui agensi kerajaan negeri, malah perlulah bersikap profesional dan penuh etika bagi mengelakkan masalah komunikasi.
Dengan adanya agensi-agensi yang tersebut, maka dapatlah dinilai bahawa peluang untuk para calon mendapat jawatan dengan faedah sama seperti penjawat jawatan kerajaan yang lain amatlah tinggi. Malah, boleh dikatakan masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan banyaknya agensi-agensi kerajaan negeri yang ada di luar sana. Tinggal lagi sama ada para calon mahu mencuba atau sebaliknya. Namun, maklumat ini jarang diketahui di samping amat jarang jawatan-jawatan ini diiklan di mana-mana tempat secara terbuka, walaupun ia bergantung kepada cara agensi-agensi tersebut mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan.
Dari segi peluang, amatlah sukar untuk diketahui sama ada mudah atau sebaliknya. Tetapi sekurang-kurangnya ada cara lain selain melalui proses SPA yang sudah diketahui akan kesukaran untuk lulus, apatah lagi untuk mengatasi para calon lain yang semestinya jauh lebih hebat dan berdaya saing dalam memenangi jawatan yang diiklankan.
Setelah anda mengetahui akan kewujudan agensi-agensi kerajaan negeri ini, penulis amat menyarankan agar para pembaca mengambil tindakan untuk mengetahui lebih lanjut senarai agensi yang ada di semua kawasan di seluruh negara. Alternatif melalui agensi ini sudah lama diambil peluang oleh mereka yang tahu, maka maklumat yang diceritakan di sini bukanlah rahsia sulit yang menjadi kerahsiaan kerajaan. Sebaliknya, ia adalah maklumat terbuka yang semua orang boleh tahu, asalkan rajin mengkaji dan mencari maklumat tentang agensi-agensi yang ada di seluruh Malaysia.
Sudilah kiranya penulis menyatakan bahawa sebenarnya terdapat satu pihak yang telah menyenaraikan 241 agensi kerajaan yang ada di seluruh Malaysia beserta dengan alamat mereka, laman web mereka dan cara untuk menghubungi mereka. Bukanlah bermakna anda tidak boleh mencari maklumat mereka melalui rakan-rakan atau melalui carian online, namun ia agak sukar untuk diperolehi secara lengkap jika tidak mahir mencari atau sekurang-kurangnya memerlukan masa yang banyak untuk mendapat senarai lengkap sebegini.
Bagi menjimatkan masa, penulis amat-amat menggalakkan para calon sekalian termasuk para pembaca yang berminat, agar mendapatkan 241 senarai agensi kerajaan negeri yang wujud, supaya anda semua boleh memohon mengikut kecenderungan dan bidang masing-masing. Malah, kadangkala latar belakang tidak semestinya menjadi syarat minima untuk memohon, kerana ia bergantung kepada jenis jawatan kosong yang ada pada agensi-agensi tersebut.
Download kesemua 241 senarai agensi kerajaan di Malaysia, di sini:
Speak Your Mind