Pegawai Tadbir Diplomatik M41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
- Jadual Gaji:
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,422.00 | RM9,631.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
(ii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
dan
(d) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
(e) hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Sudah tentu untuk bermula anda kena membuat permohonan melalui talian di SPA 8i atau menggunakan applikasi mobile mySPA8i. Ia merupakan proses tapisan calon-calon supaya menepati kriteria yang dipilih oleh pihak SPA.
Bila ada panggilan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 anda boleh membuat semakan di http://e-semakanntt.spa.gov.my untuk melihat sama ada anda berjaya dipilih untuk menduduki peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik atau pun gagal.
Anda kena ambil perhatian dan selalulah ‘alert’ dengan mengunjungi laman sesawang SPA atau facebook mereka untuk melihat perkembangan terkini.
Mereka yang berjaya dipilih untuk menduduki exam online PTD akan diberikan makluman seperti tarikh peperiksaan dan masa peperiksaan. Biasanya mereka hanya memberikan tempoh dalam 2 ke 3 minggu untuk anda membuat persediaan.
Mereka yang kesuntukan masa untuk membuat persediaan atau tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan nanti boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang disusun dan dikemaskini dengan edisi terbaru yang lebih lengkap dan padat oleh pihak Tim Infokerjaya yang telah membantu lebih dari 60,000 calon berjaya menjawat jawatan di sektor kerajaan.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Baca juga : Contoh Soalan Exam PTD M41
[…] diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda didalam aneka lapangan akademik. Calon exam PTD yang biasa mengikuti perkembangan dunia dan semasa melalui surat khabar, media massa, majalah […]