Kerjaya Penolong Pegawai Tadbir N29

penolong-pegawai-tadbir-n29

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 terletak dalam kumpulan perlaksana yang biasanya diletakkan dalam Kementerian Pertahanan/ Jabatan Perkhidmatan Awam.

Biasanya gaji minimum ada RM1,493 dan gaji maksimum bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah RM5,672 sebulan. Kadar kenaikan gaji tahunanan adalah RM145 sahaja.

Syarat Lantikan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 mestilah dikalangan warga negara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 dan mestilan memilik:

i.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
ii.Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
iii.Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Calon Penolong Pegawai Tadbir N29 juga mestilah memiliki Kepujian (sekurang-kurangya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SIjil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Mereka yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir  N29, tetapi ia tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila disahkan dalam perkhidmatan dan mestilah mempunyai syarat kelayakan seperti dinyatakan diperenggan diatas atau lulus Peperiksaan Khas dan had umur untuk perlantikan mestilah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan.

Peranan Penolong Pegawai Tadbir N29

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

 

Untuk menjadi seorang pegawai tadbir N29 yang bagus mestilah berkebolehan untuk melakukan tugas seperti berikut.

Aspek Pengurusan

 

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

Aspek Pentadbiran Pejabat

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

 

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

Hal Teknologi Maklumat

i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)             Penggunaan internet

iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Untuk calon Penolong Pegawai Tadbir N29  yang membuat permohonan  melalui SPA8i mestilah menduduki peperiksaan online untuk melayakkan diri mereka untuk ke peringkat temuduga. Anda boleh membuat pengesahan dengan ke laman http://e-semakanbcc.spa.gov.my. Kebiasaanya peperiksaan online akan dijalankan lebih kurang 2 minggu dari tarikh pengumuman oleh SPA. Persediaan yang betul memberikan anda peluang yang cerah untuk berjaya dalam exam online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Comments

  1. Sangat informative & harap ia membantu bakal2 graduan membina kerjaya bersama pentadbiran kerajaan…

Trackbacks

  1. […] calon-calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 mencari contoh-contoh soalan sebagai salah satu langkan menyediakan diri dengan bentuk soalan dan […]

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

peperiksaan-online-penolong-pegawai-tadbir-n29

Dapatkan Preview Copy PERCUMA Nota Rujukan, Contoh Soalan dan Tips Exam PPTN29

 

Masukkan Nama dan email terbaik anda untuk duduk dalam senarai menunggu Nota Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Maklumat terkini terus ke email anda.

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!