Bagaimana Masuk dan Bina Kerjaya Dalam Sektor Swasta

Ramai berusaha menembusi pelbagai tembok yang mencabar untuk memasuki pekerjaan di sektor kerajaan. Namun, kerana permohonan yang teramat ramai tetapi peluang yang sedikit, maka ramai calon yang terkandas walaupun telah melalui pelbagai siri ujian dan temuduga. Itu lumrah bagi sesiapa yang mahu mendapatkan jawatan kerajaan.

Namun, usah berputus asa kerana sebenarnya masih banyak peluang lain yang ada di luar sana. Maksud kata, kerjaya swasta juga sebenarnya tidak kurang hebatnya. Sektor swasta mempunyai kelebihan dan faedah tersendiri, yang kadangkala cukup unik berbanding sektor kerajaan.

Malah, kerjaya swasta dilihat satu peluang yang sangat baik, tambahan lagi tatkala pihak kerajaan sendiri telah membeku pengambilan para kakitangan yang baru serta peluang jawatan yang tidak selalu dibuka. Jika para pekerja memanfaatkan pekerjaan makan gaji di sektor swasta, ia mampu memberikan mereka pelbagai kelebihan menarik.

KELEBIHAN KERJA SEKTOR SWASTA

1. Kerjaya swasta tidak mempunyai tangga gaji yang sama, malah ianya unik dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Maka, sesetengahnya dapat dilihat bahawa para majikan menawarkan gajinya lebih tinggi bagi memastikan kesetiaan para pekerja dan kemahiran mereka dapat digunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi syarikat.

2. Malah, para majikan swasta turut menawarkan faedah-faedah kakitangan yang cukup memikat. Antaranya adalah jumlah cuti tahunan, peruntukan rawatan perubatan dan caruman wang simpanan pekerja (KWSP) serta imbuhan-imbuhan lain mengikut para majikan masing-masing. Pekerja swasta lebih-lebih lagi mahu dan perlu dijaga oleh majikan, kerana terdapat banyak syarikat-syarikat lain yang pastinya mahu mendapatkan kakitangan terbaik, sama ada dari yang baru mahupun dari kalangan mereka yang sedang bekerja dengan syarikat lain.

3. Selain faedah-faedah di atas, para kakitangan swasta mempunyai kelebihan untuk bekerja overtime atau lebih masa dengan kadar harian gaji yang berganda. Jika pada hari cuti umum, kadar harian atau kadar jamnya cukup lumayan, pastinya cukup terubat jika terpaksa bekerja pada hari berkenaan, lebih-lebih lagi jika ianya hari perayaan atau hari-hari peristiwa yang lain.

4. Menukar tempat kerja adalah mudah bagi mereka yang berkhidmat dengan syarikat swasta. Setelah mendapat jawatan tetap, notis yang perlu diberikan kepada majikan hanya satu hingga tiga bulan sahaja, sebelum boleh berhenti. Jika sanggup, pampasan perlu dibayar jika tidak sanggup menunggu untuk berpindah tempat kerja, atau apabila majikan baru sanggup bayar untuk mendapatkan khidmatnya secara segera. Dengan bertukar syarikat, peluang untuk naik gaji adalah tinggi, di samping dapat menimba pengalaman baru di syarikat baru, yang pastinya jauh lebih berharga dari nilai wang semata-mata.

Jika hendak disenaraikan kelebihan kerjaya swasta, pastinya ada lebih banyak yang boleh penulis cuba senaraikan di sini. Namun, pendek katanya, kerjaya swasta usahlah sekadar dijadikan sebagai batu loncatan atau pelampung sementara menunggu jawatan lain. Hadapilah kerjaya swasta dengan sepenuh hati dan mahu berkhidmat terbaik untuk majikan, anda pasti akan mendapati banyak kelebihan yang bakal diperolehi, terutamanya jika anda berjaya menunjukkan prestasi terbaik dan disukai pihak atasan.

Walaubagaimanapun, kerjaya swasta mempunyai terlalu banyak lapangan dan bidang yang boleh diceburi. Ini kerana terdapat banyak syarikat yang kreatif dalam menjana perniagaan, di samping banyaknya kemunculan syarikat-syarikat yang swasta saban hari demi menjana ekonomi masing-masing. Maka di sinilah terpalitnya peluang untuk sesiapa sahaja mencari kerja dalam sektor swasta.

CABARAN MEMBINA KERJAYA DALAM SEKTOR SWASTA

Namun, menceburi bidang kerjaya swasta juga mempunyai cabaran tersendiri. Antaranya adalah cabaran dalam menduduki ujian temuduga sehingga berjaya menjadi antara calon yang terpilih. Jika tidak mempunyai ilmu yang cukup, adalah tidak pelik apabila kedengaran para siswazah dan graduan yang telah mencuba pelbagai temuduga, namun tidak pernah berjaya dalam tempoh tertentu. Maksud penulis adalah menduduki ujian temuduga swasta perlulah dengan ilmu dan persediaan. Jika tidak, dibimbangi akan menganggur tanpa sebarang pekerjaan selama bertahun-tahun lamanya.

Memandang rendah kepada kerja-kerja di sektor swasta, kelak hanya akan memakan diri. Dengan persaingan mendapatkan pekerjaan yang semakin sengit dan majikan yang sentiasa berluma-lumba mahukan kakitangan terbaik untuk perniagaan mereka, maka para calon temuduga hendaklah memahami apa yang dikehendaki oleh kebanyakan majikan.

Di samping menguasai bahasa Inggeris akan menjadi satu kelebihan yang nyata, terdapat banyak sebenarnya ‘soalan ramalan’ bagaimana untuk lulus satu-satu temuduga.

BAGAIMANA MEMBINA KERJAYA DALAM SEKTOR SWASTA

Dari sudut mencari jenis pekerjaan, haruslah diketahui bahawa terdapat banyak jenis pekerjaan swasta yang boleh dicari, dan ianya bukan semata-mata bekerja di pejabat dengan penghawa dingin yang nyaman lagi selesa. Tetapi sebaliknya, anda perlu tahu sumber-sumber maklumat atau platform untuk memudahkan anda mendapat kerja, di samping prosedur untuk memohon jawatan-jawatan tersebut.

Anda pasti terkejut bahawa terdapat banyak cara untuk mencari pekerjaan dengan pendapatan yang memuaskan. Ini sebenarnya memerlukan ilmu dan alat yang sesuai untuk mengetahui satu-satu peluang pekerjaan. Kerja kosong sektor swasta mempunyai pilihan yang banyak, asalkan tahu sumber-sumber menarik untuk mendapatkan jawatan yang lumayan.

Senarai pekerjaan swasta menarik beserta sumber-sumber maklumat sahih bagi memastikan kerjaya swasta adalah lumayan dan menarik, boleh didapati di laman web ini sementara ia masih dibuka:

Bagaimana Masuk dan Bina Kerjaya Dalam Sektor Swasta

Comments

  1. terima kasih telah berbagi berita Pak, betah sekali membaca tulisan-tulisan disini, jadi tambah wawasan.. semoga selalu di beri kesehatan dan sukses selalu..

Speak Your Mind

*