Panduan Peperiksaan Online Akauntan

Dewasa ini, begitu ramai graduan yang berkelulusan dalam bidang perakaunan, sejajar dengan pertumbuhan keperluan kepada jawatan akauntan, yang kadangkala agak tidak seimbang. Akibatnya, ramai juga graduan dari bidang perakaunan yang akhirnya menceburi bidang kerjaya yang lain.

TUGAS UTAMA SEORANG AKAUNTAN

Antara tugas utama akauntan adalah untuk merekod keluar masuk kewangan, melakukan audit kepada rekod kewangan, membuat penyiasatan berkaitan kewangan, mengesahkan penyata akaun, di samping membantu majikan mengesan faktor-faktor yang boleh membantu mengurangkan kos atau mengelakkan bankrap.

Malah, akauntan juga bertanggungjawab dalam urusan percukaian, di samping mempunyai bidangkuasa tertentu yang lain seperti memberikan khidmat nasihat dalm hal-hal berkaitan dengan kewangan dan percukaian.

Daripada kesemua senarai di atas, dapat kita lihat betapa tanggungjawab akauntan amatlah berat dan penting bagi memastikan kesiambungan satu-satu organisasi atau badan kerajaan.

HALA TUJU GRADUAN AKAUNTAN

Bagi para graduan yang mahu berkecimpung dalam bidang asal mereka iaitu perakauan, terdapat dua pilihan untuk mereka.

SEKTOR SWASTA

Pertama, adalah dengan memilih sektor swasta. Cabaran menjadi akauntan di syarikat-syarikat swasta mempunyai cabaran kerja yang tersendiri. Ditambah lagi dengan majikan mereka yang sibuk mengejar keuntungan dan berusaha mengurangkan kos, akauntan perlu mengekalkan prestasi yang terbaik di samping mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan syarikat mereka.

Di peringkat swasta, prestasi kerja adalah perkara kritikal yang dinilai, di samping ramai menganggap bekerja di sektor swasta kurang terjamin berbanding bekerja di sektor kerajaan. Apa yang beza adalah penjawat awam mempunyai kelebihan dari segi pelbagai elaun disediakan, jaminan kerja serta faedah persaraan yang tidak kurang hebatnya.

Dalam hal ini, penulis tidak menafikan bahawa rezeki adalah milik Tuhan, namun dalam masa yang sama, kita harus menganalisis pro dan kontra bagi sektor swasta yang diduduki. Dari segi kebaikan pula, kerja sebagai akauntan swasta membolehkan para calon berpindah kerja, bebas mencari kerja baru dan mempunyai banyak peluang untuk menimba pengalaman baru di samping mampu mencapai kenaikan gaji yang melebihi mereka dari kalangan akauntan kerajaan.

SEKTOR KERAJAAN

Kedua, para graduan dari pengkhususan perakaunan boleh memilih untuk bekerja di sektor kerajaan atau mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang berkenaan.

Namun, biasanya proses agak sukar kerana permohonan jawatan akauntan kerajaan selalunya mendapat persaingan yang tinggi di kalangan calon-calon yang berkelayakan. Lantaran ramai berpersepsi dan berpandangan bahawa akauntan kerajaan mempunyai kelebihan tertentu, maka ramai yang mengambil peluang untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.

Untuk pengetahuan para pembaca, calon akauntan akan bermula dengan gred W41. Malah penjawat jawatan kerajaan yang bergelar akauntan merupakan profesional yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara.

Untuk menjadi akauntan kerajaan sebenarnya memerlukan persiapan yang baik dan teliti. Walaupun pengetahuan dalam bidang perakaunan juga penting, namun dengan mengambil semangat kebersamaan dengan kerajaan, banyak tugasan dan bidang kerja akauntan kerajaan melibatkan dasar-dasar kerajaan mahupun jabatan berkaitan, maka banyak aspek seseorang bakal akauntan perlu dinilai sebelum memasuki gerbang kerajaan.

LULUS PEPERIKSAAN ONLINE AKAUNTAN UNTUK PENJAWATAN

Seperti biasa, proses untuk mendapat jawatan di sektor kerajaan akan ditapis oleh pihak yang tidak asing lagi, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau juga dikenali sebagai SPA. Sebagai entiti yang banyak menguruskan para calon berpotensi untuk diserap masuk ke jabatan kerajaan, SPA juga bertanggungjawab untuk menapis calon akauntan yang terpilih sahaja untuk dilantik berkhidmat.

Seperti yang semua sedia maklum, prosesnya akan bermula dengan permohonan yang dibuka secara umum, proses ujian atau peperiksaan secara online, sebelum akan diteruskan ke sesi temuduga.

Berkenaan peperiksaan online  yang menjadi amalan terbaru pihak SPA sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penulis merasakan ada wajarnya peperiksaan sebegitu dijalankan. Ujian secara atas talian lebih sistematik dan mudah diuruskan. Apa yang dapat dilihat adalah ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan mungkin juga dari sudut kos.

Proses untuk memilih calon yang berjaya boleh dilihat secara terus melalui sistem, tanpa perlu lagi menanda jawapan secara manual, yang mana pastinya sistem akan menganalisis dalam masa yang singkat sahaja.

Oleh itu, para calon dinasihatkan agar membuat persiapan yang sebaik mungkin agar dapat mendahului calon-calon pesaing yang lain dalam peperiksaan online Akauntan nanti. Dalam menjawab soalan objektif sebegini, tiada markah ‘kasihan’ atau ‘simpati’ akan diberikan oleh pihak SPA. Jika betul, maka betul lah. Jika salah, maka salah lah. Namun begitu, sistem pemarkahan biasa ini terpakai hanya kepada ujian selain psikometrik. Ujian psikometrik mempunyai cara sendiri dalam menilai calon.

Untuk memahami cara dan strategi lulus ujian atau peperiksaan online akauntan atau penolong akauntan melalui SPA, boleh dapatkan di sini:

Peperiksaan Online Akauntan

Panduan Peperiksaan Online Akauntan

Sebelum penulis mengakhiri artikel kali ini, sukalah kiranya penulis memberikan penekanan berkenaan tugasan sebagai akauntan atau penolong akauntan. Penulis telah meneliti semula ciri-ciri peribadi yang dikehendaki oleh pihak SPA adalah mempunyai beberapa kemampuan termasuklah kemampuan menganalisa data, membuat kira-kira, mampu meneliti maklumat kewangan dalam masa yang lama … dan yang paling penting adalah mempunyai etika dan disiplin profesional yang terbaik.

Memandangkan akauntan banyak melibatkan diri dalam urusan kewangan dan kira-kira, maka akauntan yang beretika dalam membuat rekod tanpa sebarang helah atau penipuan, serta sanggup menggalas tugas diberi dengan telus dan jujur adalah ciri penting yang perlu dimiliki oleh seorang akauntan. Oleh yang demikian, anggaplah ini sebagai peringatan kepada semua akauntan yang memohon jawatan ini. Tambah-tambah lagi ia melibatkan wang kerajaan dan wang rakyat, maka seharusnya dikendalikan dengan jujur lagi amanah.

Akhir kata, penulis mendoakan para calon peperiksaan online Akauntan W41 sekalian agar dipermudahkan-Nya untuk menjadi seorang akauntan yang amanah, berkredibiliti dan mempersembahkan prestasi kerja yang hebat. Salam kejayaan dari penulis kepada yang mahu mencuba untuk menjawat jawatan akauntan atau penolong akauntan di sektor kerajaan. Rujuk sini jika berminat (untuk info lanjut):

Peperiksaan Online Akauntan

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.