Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan Online Kastam

Jawatan Penguasa Kastam atau Penolong Penguasa Kastam merupakan jawatan ‘panas’ yang sentiasa mendapat permohonan tinggi di kalangan para calon yang berminat di seluruh negara (Rujuk).

Di samping faedah penjawat jawatan kerajaan dan kelebihan persaraan yang bakal dinikmati, kerjaya Penguasa Kastam WK41 atau Penolong Penguasa Kastam W27 mempunyai banyak faedah yang tersendiri.

Penjawatan jawatan Kastam mempunyai tugasan yang tidaklah selasak Pegawai Polis atau Tentera. Tugasan Perkastaman hanya berkaitan bidang-bidang Penguasaan Kastam yang mana boleh dipohon oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun taraf akademik yang dimiliki.

Oleh kerana itulah, maka tidak hairan jumlah permohonan boleh mencecah puluhan ribu orang ramainya.

Untuk sesi pengambilan yang lepas, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menapis para calon layak melalui sesi Peperiksaan Online Kastam. Hanya mereka yang lulus cemerlang peperiksaan sahaja yang akan dibenarkan untuk peringkat seterusnya. Peringkat kedua yang dimaksudkan adalah sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh panel Penguasa Kastam dan wakil SPA sendiri.

Pendek kata, jika calon berjaya melepasi kedua-dua ujian dan temuduga tersebut, maka dikira sudah layak untuk bergelar Penolong Penguasa Kastam atau sebagai Penguasa Kastam.

Walaubagaimanapun, haruslah difahami bahawa lulus peperiksaan Penguasa Kastam itu sangatlah penting, kerana lulus peperiksaan bermakna pemohon jawatan tersebut sudah selangkah ke arah jawatan yang diidamkan tersebut.

Berbalik kepada sesi peperiksaan online Kastam sebagai fasa pertama pemilihan Penguasa Kastam, adalah diingatkan kepada para calon agar membuat persediaan sebaiknya dan mempunyai pengetahuan yang cukup baik tentang pelbagai perkara dan menguasai kemahiran berkaitan seperti berikut:

  • Kemahiran logik.
  • Kemahiran menginterpretasi atau memahami data.
  • Konsep matematik dan akaun.

Pengetahuan semasa tentang cukai, pemotongan cukai, isu cukai kerajaan GST, isu-isu perlembagaan dan sebagainya adalah antara isu yang perlu diketahui dan diambil berat oleh para calon. Malah, pengetahuan matematik hendaklah diasah semula agar lebih bersedia mengejar masa ketika ujian peperiksaan, yang pastinya tidak cukup jika dibuat secara sambil lewa.

Akhir sekali, para calon juga hendaklah bersedia dengan Ujian Psikometrik di mana para pemohon jawatan Kastam akan diuji dari sudut kepimpinan, kemampuan bersosial, komunikasi, disiplin, konsistensi dan sebagainya, dalam masa 1 jam.

Untuk melepasi ujian psikometrik, cara terbaik adalah dengan mendapatkan soalan-soalan contoh kerana 200 soalan yang perlu dijawab bukanlah tugas yang mudah, ditambah pula ada trik dan rahsia di sebaik semua soalan psikometrik yang dikemukakan. Oleh itu, buatlah sedikit kajian dan pelbagai bacaan tentang ujian ini supaya menjadi antara calon yang terkehadapan berbanding para pesaing yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang contoh-contoh soalan psikometrik ini, penulis sarankan agar dapatkan di sini:

Tips Lulus Cemerlang Peperiksaan Online Kastam

Bagi penulis, antara soalan peperiksaan online Kastam yang mencabar adalah soalan dari seksyen A iaitu bahagian Pengetahuan Awam.

Soalan-soalan dalam bahagian ini agak sukar untuk diduga, sebaliknya pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhak untuk menanyakan soalan demi soalan dari pelbagai bidang dan sektor pengetahuan contohnya dari bidang kewangan dalam dan luar negara, perdagangan antarabangsa, sistem percukaian kerajaan Malaysia, undang-undang dan perlembagaan negara, isu-isu berkaitan sosial, soal-soal berkaitan keselamatan negara dan juga dasar-dasar amalan negara.

Pengetahuan am ini memerlukan calon mempunyai pengetahuan yang luas. Namun, jika berhasrat untuk lulus peperiksaan sedangkan persediaan amatlah terhad, maka para calon seharusnya bijak mengambil tahu isu-isu semasa yang sedang panas mahupun perkara asas-asas penting dalam isu dalam negara.

Tujuan soalan sebegini ditanya adalah bagi memastikan proses ujian peperiksaan Penguasa Kastam benar-benar melantik mereka yang memahami dasar negara, yang lebih bersemangat cintakan negara dan sekaligus menguji sejauh mana para calon mengambil berat akan isu-isu semasa, terutamanya yang berlaku dalam negara sendiri.

Kebimbangan tentang soalan-soalan berkait rapat dengan pengetahuan awam sebenarnya boleh diatasi dengan mendapatkan soalan-soalan yang kerap ditanya dalam sesi ujian Kastam yang lepas. Secara ringkasnya, perlulah mendapatkan contoh-contoh soalan lepas. Walaupun soalan tersebut tidak semestinya akan keluar dalam sesi ujian peperiksaan nanti, namun sekurang-kurangnya ia membantu memberikan pendedahan soalan yang mungkin ditanya, aspek pengetahuan mana yang perlu diambil perhatian dan seterusnya mungkin akan keluar dalam ujian nanti dengan sudut soalan yang agak berbeza, tetapi dalam maksud yang sama.

Persediaan amatlah penting dalam menghadapi peperiksaan online penguasa Kastam sebegini, kerana ia berkaitan dengan masa depan calon. Seeloknya persediaan ini dilakukan lebih awal agar memudahkan proses memahami, proses menghafal dan proses menyelesaikan masalah dalam ujian itu nanti.

Boleh ketahui contoh-contoh soalan peperiksaan online Kastam serta cara untuk menjawab soalan peperiksaan online Penguasa Kastam di sini:

Tips Lulus Cemerlang Peperiksaan Online Kastam

Peperiksaan online Penguasa Kastam hanyalah langkah pertama sebelum ke fasa temuduga, namun fasa peperiksaan inilah cukup penting. Kegagalan fasa ujian online penguasa kastam, akan menyebabkan calon tidak dipanggil ke sesi temuduga.

Penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon, semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan penguasa Kastam kelak jika dibuka kepada seluruh calon dari segenap penjuru Malaysia.

Comments

  1. Kod terbaru kastam ialah WK41.

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.