Peperiksaan Online Separa Perubatan 2018

 

Peperiksaan Online Separa Perubatan 2018 ! Baru baru ini SPA baru sahaja mengumumkan kekosongan bagi jawatan untuk latihan separa perubatan untuk sesi 25 September 2018.

 

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)

Tarikh Peperiksaan : 25 September 2018 (Selasa)
Masa : 04:30 PETANG – 06:05 PETANG

Sila layari laman web :
—————————–
http://e-semakanntt.spa.gov.my/separa/

Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda.

semakan-peperiksaan-online-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma

Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Untuk taraf diploma ia menawarkan kekosongan untuk 10 jawatan berikut:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

LATIHAN BERTARAF SIJIL

Untuk bertaraf siji SPA menawarkan 3 latihan untuk mereka yang bersesuaian.

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

 

Syarat Kelayakan Latihan Sijil Pembantu Perubatan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

 

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

    • Alamat Surat Menyurat:
      Setiausaha
      Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
      Bahagian Pengambilan Khas
      Aras 7, Blok C7 Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      60520 PUTRAJAYA
      Tel : 88856000
  • Pertanyaan Melalui E-mel

 

Untuk mengisi kekosongan tersebut anda perlulah menghadiri Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan kali ini dimana ia akan dibahagikan kepada 2 Seksyen iaitu:

  1. Seksyen A : Ujian Psikometrik
  2. Seksyen B : Pengetahuan Am

Kepada mereka yang tidak biasa atau tidak pernah menduduki exam online separa perubatan ini, anda mungkin menghadapi masalah untuk bersaing.

Untuk itu pihak Infokerjaya ada menawarkan Nota Rujukan Peperiksaan Online yang telah banyak membantu ribuan calon untuk berjaya dalam peperiksaan online latihan separa perubatan tersebut. Anda boleh subscribe untuk duduk didalam senarai menunggu di link dibawah:

>>DOWNLOAD NOTA RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE SEPARA PERUBATAN<<

 

separa-perubatan-plain

Anda boleh dapat versi percuma atau review copy untuk membuat persediaan peperiksaan nanti. Versi penuh akan dikenakan bayaran, sudah tentu ia lebih lengkap dan menjadikan rujukan ribuan calon-calon yang telah berjaya.

Anda juga boleh dapatkan tips-tips peperiksaan online separa perubatan dengan melangan senarai tersebut. Kami memang berharap ramai calon yang dapat dibantu untuk peperiksaan tersebut.

Psss jangan lupa masukkan nama dan email nanti yang untuk dapatkan review copy nota rujukan dan contoh soalan peperiksaan online separa perubatan.

Comments

  1. Oh ada lagi ya exam seoara perubatan ni, tapi bagus ada info ni jadi calon senang nak refer

Trackbacks

  1. […] soalan peperiksaan latihan separa perubatan ini telah membantu ribuan calon berjaya dalam temuduga latihan separa perubatan untuk mendapatkan […]

  2. […] pengetahuan anda peperiksaan yang terdahulu telah berlangsung pada 8 Mac 2016 dimana ramai calon yang telah dipilih untuk mengisi kekosongan […]

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dapatkan REVIEW COPY Nota Rujukan Exam Online Separa Perubatan

Masukkan Nama dan Email Anda!

First Name:
Email address:

You have Successfully Subscribed!