Rahsia Menjadi Calon Bijak Dalam Temuduga Kerja

Temuduga adalah proses bakal majikan mengenali bakal pekerja mereka. Oleh yang demikian, para calon hendaklah menampilkan ‘first impression’ yang terbaik.

Tahukah anda membina penampilan pandang pertama bukan sahaja sekadar menampilkan penampilan agar kelihatan segak di mata penemuduga. Calon temuduga kerja perlu lakukan lebih dari itu.

TEMUDUGA BUKAN SEKADAR PROSES SOAL JAWAB

Anda sebagai calon perlulah kombinasi pelbagai perkara agar berjaya dalam proses temuduga. Adalah tanggapan yang salah jika melihat proses temuduga hanyalah mmbawa fail dokumen peribadi, resume dan sekadar menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh bakal majikal.

Tapi, seharusnya para calon temuduga hendaklah bijak mengawal diri, tahu teknik-teknik terbaik menjawab soalan yang menimbulkan minat di hati bakal majikan dan seterusnya menjadi calon pilihan daripada calon-calon lain.

RAMAI GAGAL TAPISAN AWAL TEMUDUGA

Tahukah anda bahawa daripada proses temuduga kerja , 80% hingga 99% calon akan menghadapi kegagalan? Mungkin angka ini kurang tepat dan bukan berdasarkan kajian mahupun survey yang sebenar, namun kita sendiri dapat nilai apabila hadir ke satu-satu temuduga.

Jika temuduga kerajaan, daripada belasan ribu calon yang hadir ke sesi temuduga, hanya beberapa ratus sahaja yang terpilih dan dipanggil mengisi jawatan yang dipohon. Dalam sektor swasta pula, keadaan yang sama boleh berlaku di mana daripada belasan calon yang menghadiri temuduga kerja, hanya satu atau dua orang sahaja yang terpilih.

Bukan perkara pelik apabila sebahagian kecil sahaja yang berjaya dalam temuduga. Ini kerana temuduga itu sendiri adalah proses saringan untuk majikan mengenalpasti calon manakah yang lebih layak dan lebih sesuai dengan jawatan yang ditawarkan. Oleh sebab itulah, calon-calon hendaklah mengetahui kemahiran dan teknik tertentu dalam temuduga.

DATANG AWAL, BERPAKAIAN KEMAS DAN…

Selain datang awal dan berpakaian kemas ketika hadir ke hari temuduga, para pemohon kerja hendaklah juga menyediakan fail dokumen tersusun sebagaimana yang dikehendaki oleh majikan.

Penyusunan fail dokumen yang terabur sudah menampakkan diri calon tersebut adalah seorang yang tidak teliti dengan dokumen dan kurang bersedia. Usah menampakkan kelemahan anda, walaupun ia kelihatan kecil pada pandangan anda sebagai calon, sebaliknya ia adalah faktor besar yang menjadi pertimbangan bakal majikan.

Tambahan kepada fakta di atas, penulis suka untuk menyarankan para calon agar memahami terlebih dahulu jawatan apa yang dipohon. Ini bertujuan memudahkan calon itu sendiri ketika menjawab soalan yang bakal di tanya dan membolehkan anda bersedia dengan maklumat diri yang berkaitan terus dengan bidang tugas jawatan itu.

Malah, ketidakpastian dengan jawatan diminta juga akan menyebabkan majikan dapat mengesan sikap calon yang tidak serius dengan permohonan atau sekurang-kurangnya tidak peka dengan maklumat penting. Awasilah diri sendiri, kerana setiap perbuatan dan patah perkataan yang keluar dari mulut, akan dinilai oleh para penemuduga.

Jangan disangka penemuduga apabila diam, ia bermaksud tiada apa-apa masalah. Malah haruslah diketahui bahawa penemuduga akan mencatat segala butiran dan dapatan ke dalam buku nota atau kertas penilaian temuduga kerja di hadapan mereka. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada perkara yang selalu dinilai oleh para penemuduga.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN & SWASTA

Untuk tambahan maklumat lain yang anda perlu tahu untuk berjaya dalam satu-satu temuduga kerja, disarankan untuk anda dapatkan naskhkah online rahsia temuduga di bawah:

Rahsia Bijak Temuduga

Selain perkara di atas, para calon juga sewajarnya tahu soalan-soalan yang kerap ditanya ketika sesi temuduga. Malah, soalan-soalan tersebut ada cara dan gaya tertentu untuk menjawab dengan tenang, meyakinkan dan mampu menonjolkan kelebihan calon dalam masa singkat.

Semasa temuduga kerja, masa umpama harta karun yang jauh bernilai daripada emas biasa. Oleh itu, penuhkan masa sesi temuduga tersebut dengan jawapan-jawapan yang memaparkan butiran maklumat dan kelebihan calon yang berkaitan dengan jawatan tersebut.

ELAKKAN PERKARA BERIKUT DALAM TEMUDUGA

 

Tetapi awas! Hendaklah berhati-hati dan tidak terlalu jujur mencerita kisah peribadi apatah lagi kisah sedih atau aib keluar yang tak seharusnya dikongsi. Bersikap jujur itu bagus tetapi hendaklah kena pada tempatnya dan bukan semua perkara boleh dikongsi kepada orang lain, lebih-lebih lagi bakal majikan kita.

Satu lagi perkara yang harus diambil perhatian oleh para calon adalah menunjukkan kesungguhan dan minat yang serius terhadap sesuatu jawatan. Pemohon yang menjawab sambilewa atau sekadar mencuba nasib, pastinya akan dikemudiankan, malah mereka yang memohon jawatan semata-mata kerana duit pula juga akan mengalami kesukaran untuk memenangi hati penemuduga.

LAKUKAN INI DALAM PROSES TEMUDUGA ANDA

Rahsia Menjadi Calon Bijak Dalam Temuduga Kerja

Antara cara untuk menunjukkan kesungguhan dan minat diri terhadap jawatan tersebut adalah dengan menceritakan bagaimana calon mahu berkembang dan berjaya melalui jawatan tersebut, bukannya menjadikannya sekadar batu loncatan sementara menunggu peluang terbaik.

Cara seterusnya adalah dengan menekankan jawatan itu adalah jawatan yang sangat-sangat diidamkan serta sememangnya banyak perkara yang calon tersebut mahu belajar, timba pengalaman dan menyumbang kepada syarikat. Jika kurang pengalaman, tunjukkan keseriusan mahukan jawatan itu dengan memberi janji yang sebenar, di samping mengelakkan keinginan mendapat kerja adalah disebabkan oleh orang lain atau kerana terpaksa.

Pendek kata, banyak sebenarnya yang anda perlu tahu dan amalkan sebelum memasuki bilik temuduga. Sekadar melepaskan batuk di tangga tidak akan membawa anda ke mana-mana. Begitu juga jika terlalu mengharapkan CGPA anda menjadi faktor pemilihan anda sebagai calon pemenang, ia adalah perkara yang sukar.

Ditambah pula kerana sudah ramai majikan yang kenal akan calon yang cemerlang akademiknya tetapi prestasi kerja pula yang tidak memberangsangkan. Apapun, bukan niat penulis memperlekehkan prestasi akademik sesiapa atau memandang rendah para calon. Sebaliknya penulis mahu menekankan akan pentingnya mempunyai ilmu yang lengkap untuk berjaya dalam temuduga kerja.

Jadilah calon yang bijak dalam temuduga kerja… Ada pengalaman yang ingin dikongsikan? Jemput komen dibawah ya..

Speak Your Mind

*