Rahsia Menulis Resume Kerja Yang Baik

Dewasa ini, persaingan mendapatkan pekerjaan semakin sengit. Di samping semakin ramai graduan yang menamatkan pengajian di institusi masing-masing, tekanan ekonomi juga antara faktor yang membangkitkan usaha bersungguh-sungguh dari ramai calon untuk mendapatkan pekerjaan terbaik untuk kehidupan mereka.

Walaupun semakin banyak syarikat yang muncul dan berkembang setiap masa di tambah dengan syarikat sedia ada yang sentiasa mahu mencari kakitangan baru, namun sudah tentu mereka mahu pekerja atau kakitangan terbaik untuk syarikat mereka.

Majikan tidak akan sewenang-wenangnya mengambil pekerja jika para calon tidak bersesuaian dengan jawatan yang mereka ingin tawarkan. Malah, bukan itu saja, mereka juga mempunyai sasaran masing-masing dalam membangunkan syarikat mereka ke arah prestasi yang diharapkan.

Oleh sebab itulah, para majikan amat mengambil berat dengan ciri-ciri pekerja yang mereka akan lantik.

KEPENTINGAN RESUME KERJA

Perkara pertama yang mereka akan pandang sudah tentu berdasarkan kepada resume kerja yang mereka terima dari para pemohon kerja. Sebelum ke peringkat seterusnya, resume kerja adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh majikan.

Bermula dari perincian peribadi seperti nama, tarikh lahir, tempat lahir dan no telefon, mereka juga perlu melihat perkara-perkara penting lain seperti latar belakang pendidikan, pengalaman kerja serta maklumat-maklumat tambahan sokongan yang lain.

Namun, pernahkah kita terfikir kenapakah teramat sukar satu-satu resume kerja itu menarik perhatian majikan? Daripada ratusan permohonan kerja yang dihantar oleh calon-calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, hanya segelintir sahaja yang dipanggil ke peringkat temuduga?

Jawapannya terletak pada resume kerja yang ditulis dengan baik dan menepati apa yang dicari-cari oleh majikan tersebut. Calon yang mempunyai CGPA yang tinggi belum tentu dapat memikat hati majikan. Perkara sama juga boleh berlaku kepada para calon yang menulis resume yang panjang sehingga mencecah 5-7 muka surat. Itu semua tidaklah menjamin satu-satu resume kerja itu akan menarik perhatian bakal majikan untuk memanggil ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya, resume yang terbaik adalah resume yang ditulis dengan padat, ringkas dan ditulis dengan memahami kehendak sesebuah syarikat.

RESUME BAIK = PADAT DAN RINGKAS

Resume kerja yang ditulis padat dan ringkas akan memudahkan pembacaan. Berbanding menulis resume dalam bentuk karangan, membuat ringkasan dalam bentuk point dan isi-isi penting adalah lebih mudah dihadam.

Para majikan sendiri pun pasti akan sibuk dengan pelbagai tugasan, maka mereka tidak ada masa yang banyak untuk membaca karangan yang berjela-jela panjangnya, ditambah lagi jika saban hari mereka menerima resume kerja yang banyak untuk diteliti.

Bagi mereka yang memohon kerja dalam bidang design atau rekabentuk grafik contohnya, para designer boleh mereka bentuk grafik resume agar kemas, kreatif dan penuh dengan design yang menawan. Ini sekaligus membolehkan para calon menonjolkan kemahiran mereka melalui pembuatan resume tersebut. Namun, harus diingat bahawa secantik mana pun resume yang direka, pastikan ianya tidak menyakitkan mata untuk dibaca dan mudah untuk diteliti oleh para pembaca.

RESUME PERLU PENUHI KEHENDAK SYARIKAT

Rahsia Menulis Resume Kerja Yang Baik

Selain itu, ciri resume yang paling penting adalah resume kerja  yang ditulis dengan memahami kehendak syarikat.

Kehendak syarikat pastinya agak sukar untuk dibaca, namun apa yang para calon boleh lakukan adalah dengan menonjolkan segala kelebihan anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Cara terbaik untuk menonjolkan kelebihan adalah dengan memahami apakah bidang tugas jawatan yang dipohon dan memahami serba sedikit kenapa syarikat tersebut memerlukan kakitangan baru untuk jawatan tersebut.

Sebagai contoh, jika jawatan yang dipohon adalah berkaitan bidang perkeranian atau di bahagian sumber manusia, maka hendaklah meletakkan maklumat berkepantasan calon menaip dalam seminit, menyatakan tahap penguasaan dalam menggunakan Microsoft Word dan Excel, pengalaman kerja yang pernah dibuat berkaitan menaip, kursus-kursus yang pernah dihadiri berkaitan pengurusan dokumen serta memastikan resume kerja ditulis tanpa sebarang kesalahan ejaan.

Kesemua perkara ini adalah antara kelebihan yang para pemohon kerja boleh tonjolkan memandangkan jawatan tersebut sangat berkait rapat dengan menaip, menulis dan pengurusan dokumen.

Maka dengan cara tersebut, ia sebenarnya memudahkan bakal majikan memahami akan tahap kemahiran pemohon kerja khususnya yang berkaitan menaip dan menulis, melalui resume kerja yang dihantar.

JUJUR DALAM PERSEMBAHAN RESUME

Walaubagaimanapun, penulis suka mengingatkan para pemohon kerja agar tidak meletakkan maklumat yang salah dan tidak jujur dalam resume tersebut. Kelak ia hanya akan mengundang padah. Ini kerana sesetengah majikan sangat mahir dalam mengesan kesahihan maklumat, malah lebih buruk lagi jika maklumat anda kelihatan meragukan yang hanya akan membuatkan mereka lebih khuatir untuk memilih anda sebagai calon untuk jawatan berkenaan.

Jujur adalah kunci terbaik dalam menulis resume kerja yang terbaik. Walaupun pengalaman kerja yang sedikit atau langsung tiada pengalaman kerana baru tamat belajar, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian majikan.

Mungkin artikel ini tidak mampu memuatkan kesemua teknik dan strategi menulis resume yang memikat. Namun, jika anda tanya kepada saya, saya amat-amat mencadangkan agar anda mendapatkan ebook berkenaan panduan menulis resume yang ada di pasaran.

Anda mungkin mampu menulis resume yang kemas dan tersusun, tetapi itu semua belum pasti dapat ‘memujuk’ bakal majikan agar memanggil anda untuk ke sesi temuduga. Resume adalah langkah pertama sebelum dipanggil ke temuduga, maka kesilapan dalam menulis resume dan tidak tahu menulis berdasarkan citarasa atau kehendak majikan, akan membuatkan anda selalu ketinggalan di belakang berbanding calon-calon lain yang lebih terkehadapan dan tahu apa yang mereka buat dengan resume mereka.

Jadilah calon yang pro-aktif dengan belajar cara menulis resume kerja yang memikat di sini:

Rahsia Resume

Trackbacks

  1. […] nanti. Kami dari tim kerja kosong kerajaan ingin membantu anda bersedia dengan mendapatkan tips dan hebahan terkini maklumat exam online juga Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat. Dapatkan dengan isi […]

Speak Your Mind

*